Saturday, May 15, 2010

Apa itu selusuh?

Tahukah anda apa itu selusuh? Selusuh ada dlm bentuk air & minyak. Meh sini sy nk bg sedikit info pasal selusuh. Info ni sy dpt dr laman web yg sy baca....Information amat bguna pd sy wlau sy blm berumahtangga & pd bakal2 ibu yg akan mlahirkan anak.
Perkataan selusuh biasanya digunakan dalam perubatan tradisional dan herba oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun. Pada kebiasaannya, selusuh adalah perubatan atau ubat-ubatan tradisional atau herba untuk kegunaan wanita sebelum dan selepas bersalin. 

PERBEZAAN MINYAK SELUSUH DAN AIR SELUSUH
Kegunaan Air Selusuh dan Minyak Selusuh adalah sama iaitu untuk membantu memudahkan proses ketika bersalin. Tetapi bahan asasnya adalah berbeza. Air selusuh menggunakan air sementara Minyak selusuh menggunakan minyak.
Mengikut pengalaman dan testemoni yang diperolehi, Minyak Selusuh lebih memberi kesan membantu memudahkan proses bersalin.
Proses pembuatan minyak selusuh juga sangat berbeza kerana doa-doa yang akan dibacakan kedalam minyak hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu. Ini berbanding air selusuh yang boleh hasilkan pada bila-bila masa.
Oleh kerana proses pembuatannya yang berbeza dan kesannya juga berbeza, tidak semua bidan melayu mempunyai kemahiran tulin untuk menghasilkan minyak selusuh. Hanya mereka yang benar-benar mendapat ilmu warisan dan pelbagai sumber sahaja yang boleh membuatnya.

Ni pula sy dpt dr artikel majalah PA & MA keluaran Mac 2009:-
Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.Anda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.

No comments: